Monday, July 03, 2006

Hari Pertama

Setelah setahun berada di maktab perguruan, kini saya kembali mengajar di sekolah. Walaupun sekolah yang saya dapat ini agak jauh dari sekolah saya yang sebelum ini, saya redha. Mungkin ini adalah peluang saya untuk memperbaiki diri dan melihat semula peranan yang boleh dimainkan di dalam satu organisasi.
Saya terpaksa menghantar kedua-dua nak saya lebih awal ke Taska di Merlimau. Saya amat sedih melihat keadaan ini tetapi mungkin ini adalah pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Bertolak dari rumah dalam jam 650 pagi dan sampai di Taska pada jam 720. Berkejar pula ke sekolah dan sampai tepat jam 730 pagi.

Terus kepejabat dan diarahkan untuk pergi ke perhimpunan pagi. Tak sangka pula berjumpa dengan cikgu Foadi yang mengajar Matematik saya sewaktu sekolah diSTJ dulu. Bangganya tidak terhingga.

Jumpa balik rakan smkdary yang sombong-sombong....mmm biasa la tu. nakbuat apa..
Selepas perhimpunan berjumpa dengan puan hajah maimun untuk minta buku rekod mengajar dan taqwim sekolah.

Persepsi pertama, ini adalh sekolah yang berfungsi sepenuhnya..amat efisyen dan saya berasa berbangga teribat dengan sekolah ini.

Minggu ni mungkin belum dapat lagi jadual waktu mengajar...mungkin kene relief kelas dengan jumlah yang banyak...saya faham...biasa la tu..

No comments: